Sarimah Ibrahim Bakal Bernikah Dengan Tengku Jamie 2 April Ini

Sarimah Ibrahim Bakal Bernikah Dengan Tengku Jamie 2 April Ini

Khabar gembira apabila selebriti jelita Sarimah Ibrahim kini menghitung hari untuk bergelar isteri tidak lama sahaja lagi. Sarimah Ibrahim yang popular sebagai penyampai radio, pengacara serta pelakon telah memilih tarikh 2 April 2014 untuk mendirikan rumah tangga bersama cucu Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 10 iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau mesra dipanggil sebagai Tengku Jamie. Fuh! untungnya dapat bersuamikan kerabat diraja.

Sarimah Ibrahim Bakal Bernikah Dengan Tengku Jamie 2 April Ini
Sarimah Ibrahim Bakal Bernikah Dengan Tengku Jamie 2 April Ini
Pasangan secocok Sarimah dan Tengku Jamie telah berkenalan selama sembilan bulan dan mengikat tali pertunangan pada 27 September 2014 tahun lalu. Pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung nanti, Sarimah bakal menggayakan rekaan Salikin Sidek dan Melinda Looi.

“Majlis nikah dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama di Hotel Prince bermula sebelah pagi dan bersanding pada malamnya. Keesokan harinya akan diadakan resepsi ala Barat di lokasi sama pada jam 8 malam.

“Majlis resepsi itu dibuat untuk keluarga sebelah ibu saya. Setakat ini sudah 70 peratus siap persiapan kahwin kami,”



Sarimah Ibrahim dan bakal suami

Untuk makluman, ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Sarimah Ibrahim dan Tengku Jamie. Pada tahun 2006 Sarimah pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka dari Australia iaitu Amir Andrew Abdullah dan bercerai pada tahun 2008. Tengku Jamie juga merupakan seorang duda tetapi tidak mempunyai anak.

Semoga jodoh Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar berpanjangan. Mungkin perkahwinan kali ke-2 ini memberikan 1001 sinar bahagia dalam hidup pasangan ini. Dah tak lama dah bulan April, pasti Sarimah Ibrahim berdebar-debar kan meniti hati bahagia. Chewah!



sumber : GossipMalaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post