Sadis!! Pasangan bergelandangan membaluti tikar sebagai tempat tidur

Sadis!! Pasangan bergelandangan membaluti tikar sebagai tempat tidur

Johor Bahru: Seorang lelaki yang hidup bergelandangan sanggup membalut sebahagian tubuh kekasihnya dengan tikar bagi memastikan keselamatan wanita berkenaan ketika tidur pada waktu malam di sebuah kawasan riadah di pusat bandar raya ini.

Sadis!! Pasangan bergelandangan membaluti tikar sebagai tempat tidur
Sadis!! Pasangan bergelandangan membaluti tikar sebagai tempat tidur
Perbuatan lelaki itu disedari oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru yang menjalankan operasi bersepadu dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi mengatasi masalah kutu rayau dan gelandangan, di sini, awal pagi semalam.

Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, pasangan itu yang berusia 40-an memberitahu terpaksa tinggal bergelandangan bersama wanita berusia 30-an itu kerana tiada tempat untuk berteduh.

Beliau berkata, pasangan itu juga menyatakan mereka tidak mampu menyewa rumah di sekitar bandar raya kerana masih mencari pekerjaan.

“Kakitangan JKM pada awalnya menjangka lelaki berkenaan hanya tidur berseorangan, tetapi terkejut apabila mendapati seorang wanita tidur berbalut dengan tikar.


Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post