Punca Syaiful Zero Tangguh Niat Untuk Berkahwin Akhirnya Terjawab

Punca Syaiful Zero Tangguh Niat Untuk Berkahwin Akhirnya Terjawab

Sudah tentu ramai peminat kumpulan Zero sedia maklum bahawa salah seorang dari mereka iaitu Syaiful pernah keluarkan kenyataan mahu melangsungkan perkahwinan selepas tamat persaingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

Punca Syaiful Zero Tangguh Niat Untuk Berkahwin Akhirnya Terjawab
Punca Syaiful Zero Tangguh Niat Untuk Berkahwin Akhirnya Terjawab
Punca Syaiful Zero tangguh niat untuk berkahwin akhirnya terjawab – Bagaimanapun setelah bergelar juara MLM 2014, tiba-tiba Syaiful Zero keluarkan kenyataan bahawa niat itu terpaksa ditangguhkan. Menurutnya dia kini mempunyai perancangan lain antaranya mahu kukuhkan kerjaya sebagai penghibur.

Memetik laporan portal Astro Gempak, Syaiful Zero menjelaskan niat asal sebenar mereka jika menang di Maharaja Lawak Mega adalah untuk perbaiki keadaan rumah mereka di Kudat selain menghantar ibu mereka mengerjakan ibadah haji di Mekah.

“Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu. Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu. Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zero yang bakal membintangi filem baru terbitan MIG tidak lama lagi meluahkan rasa bersyukur atas peluang yang diberikan kepada bakat dan kerja keras mereka selama ini.

“Dahulu kami kerja keras demi keluarga, hari ini pun kami tetap bekerja keras sama seperti dahulu. Kesusahan hidup membuatkan kami cuba untuk mengubahnya. Tidak sangka, peluang memasuki program Raja Lawak sebelum ini menonjolkan bakat seni yang kami ada. Di situ, kami mula sedar hidup semakin bersinar,” ujar mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post