Mesti ramai baru-baru ini mempertikaikan tentang satu gambar viral yang bermain di dada-dada Facebook di mana tersebar satu resit yang menunjukkan harga steak sekali makan untuk 4 orang barnilai RM 9388,50.
Pendedahan: Kisah Sebenar Pemilik Restoran Me' Nate Yang Jual Steak Sampai harga RM 9388,50 |
Kali ini kami di Bulletin Media akan mendedahkan kenapa restoran ini menjual Steak dan makanan begitu mahal sampai beribu-ribu ringgit.
Mustaffa bergambar bersama Tun Daim
Tahukah anda pemilik ialah Mustaffa Othman yang merupakan seorang pakar daging yang pernah berkhidmat di Istana Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London dan berkhidmat semasa mendiang Puteri Diana lagi.
Tanpa latar belakang pendidikan tinggi dan kocek kosong selain meninggalkan isteri dan anak di tanah air pada 1989, Mustaffa Othman, pemilik Me’nate Steak Hub, terbang ke kota London untuk mencari pengalaman, pelajaran serta sumber kewangan lebih baik.
“Sebelum membuat keputusan ke luar negara, saya memiliki perniagaan daging di pasar Subang Jaya. Bagi menimba pengalaman di luar negara dan menambah pengetahuan, saya menjual perniagaan itu kepada orang lain. Hasil penjualan saya gunakan untuk membeli tiket kapal terbang.
“Saya bukan jenis kenal erti takut, lantas saya tinggalkan keluarga di Kuala Lumpur serta pergi ke London tanpa duit poket.
“Sebaik tiba di sana, saya tidur di merata-rata tempat kerana ketiadaan wang untuk menyewa hotel atau mempunyai kenalan hampir seminggu.
“Waktu itu, sebenarnya saya ke sana untuk mendalami ilmu ‘master in butchering and culinary di sebuah kolej swasta.
“Ia bukan berkaitan hal akademik sepenuhnya, sebaliknya mengenai kemahiran menguruskan daging, bermula daripada lembu beranak hingga ke dalam pinggan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Jalan Kerja Air Lama Satu, Ampang.
Menurut Mustaffa, semasa di sana beliau akan belajar pada waktu siang dan akan bekerja sebagai pemotong daging pada waktu malam di sebuah kedai milik seorang warga Pakistan di London bagi menampung keluarganya di Malaysia.
Beliau yang bekerja disitu bermula puku 3 pagi hingga pukul 7 pagi tidak mahu bekerja dengan pemilik kedai warga tempatan kerana risau terpaksa memotong daging haiwan yang haram.
Allah kurniakan rezeki yang terhebat apabila Mustaffa telah ditawarkan bekerja dengan Dawn Group of Companies pada 1991 dengan jawatan dan gaji lebih tinggi.
Syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal daging besar dimana mereka merupakan pembekal tunggal sumber daging terbaik untuk istana Ratu Elizabeth.
"Sebelum saya bergelar pemotong daging saya telah diuji terlebih dahulu apabila ditinggalkan di dalam sebuah bilik yang mempunyai paha lembu, sebilah pisau dan batu asah.
"Saya tidak menyedari it sebenarnya adalah satu temuduga di mana saya hanya diberikan 10 minit untuk memotong daging tesebut dan saya pun memotong daging tersebut dengan saiz sederhana kecil."
Meskipun kepakarannya terbukti, kerjaya Mustaffa bermula daripada bawah iaitu di seksyen pembungkusan daging sebelum naik ke tahap seterusnya.
“Cara orang Barat mengendalikan daging jauh berbeza dengan negara kita. Mereka tiada masalah kesihatan jika memakan daging berbanding rakyat kita yang dimomokkan pengambilannya mengakibatkan penyakit.
“Di sana, lembu yang disembelih akan melalui ‘aging process’, kemudian dingin beku selama tujuh hari. Selepas itu baru daging dipotong dalam skala kecil dan dimasukkan ke dalam plastik vakum selama tujuh hari.
“Pada hari ke-15, baru daging berkenaan dijual di pasaran dan selamat dimakan kerana darah aktif mati pada hari ke-21. Daging memiliki banyak khasiat, oleh itu penting bagi kita mempelajari bagaimana menguruskannya,” katanya yang dipetik Harian metro.
Beliau terut memberi tahu bahawa Ratu Elizabeth memegang status Duli Teramat Mulia, jadi segala perkara membabitkan kerabat diraja harus dilakukan orang berkemahiran dan terbaik untuk berkhidmat di mahligai bagi memastikan ‘kemuliaan’ itu.
“Disebabkan kemuliaan itu, tiada perkara mahupun makanan kotor memasuki istana, termasuk daging khinzir.
“Ratu Elizabeth dan kerabat sememangnya tidak memakannya kerana tahu ia makanan paling kotor di dunia. Mereka juga hanya meminum alkohol (arak) untuk memanaskan badan, bukan tujuan mabuk.
“Ketika itu saya dan seorang lagi sahabat dari Australia bertanggungjawab dalam hal berkaitan daging, sama ada memotong, memasak mahupun menghidang, dan kami bertugas secara bergilir-gilir.
“Dua tahun setengah saya berkhidmat di istana, sewaktu bertugas saya berpeluang bertemu Ratu Elizabeth. Dia memanggil saya dengan nama Usman dan juga mesra bertanya soalan kepada pekerjanya,” katanya yang berusia 61 tahun.
Dalam penyediaan makanan kepada Ratu semua memerlukan protokol dimana tangan kanan di dada, tangan kiri di belakang badan yang bertujuan memastikan kuku tukang masak bersih. Tatkala menjawab soalan dilontarkan Ratu Elizabeth, dilarang sama sekali mengerdipkan mata.
Menurutnya, berpeluang bekerja di istana mengajar dirinya mengenai etika, kepatuhan, kebaikan, kebersihan. Menafikan sebarang kesukaran mengerjakan ibadat, Mustaffa berkata, mereka di sana lebih menyukai pekerja yang mematuhi perintah agama masing-masing.
“Bayangkan surau yang disediakan di istana untuk tiga pekerja Muslim jauh lebih indah daripada rumah saya hari ini. Pengalaman di sana adalah perkara terbaik mendidik diri saya.
“Selepas dua tahun setengah berkhidmat di istana, saya membuat keputusan kembali bekerja di syarikat (Dawn Group of Companies). Dengan kedudukan kewangan stabil, saya mampu pulang ke Malaysia sebulan sekali sepanjang tempoh 11 tahun di perantauan.
“Pada 2000, timbul isu penyakit lembu gila dan saya diberi cuti setahun apabila kilang tutup, namun masih menerima 10 peratus gaji. Saya pulang ke Malaysia dan enggan kembali ke sana,” katanya.
Membuka Me’nate Steak Hub enam tahun lalu, Mustaffa ingin menawarkan perkhidmatan makanan daging halal dan segar kepada masyarakat Muslim khususnya.
Diusahakan bersama teman dan dibantu empat cahaya matanya berjaya mengekalkan kestabilan restorannya hingga berjaya membuka cawangan di Wangsa Maju membawa nama Meet U Here.
Memilih kerjaya pakar daging, Mustaffa mengakui kesusahan hidup keluarga pada masa lampau yang tidak mampu membeli daging kecuali ihsan dan hari raya korban, membuatkan dirinya meminati daging.
Berkenaan dengan harga yang ditawarkan yang dikatana terlalu mahal tahukah anda yang harga sebenar sepotong daging jenis Matsusaka Wagyu yang dimasak tersebut sudah begitu mahal?
Jadi padanlah dengan harga yang ditawarkan pun, memang daging yang terbaik digunakan oleh beliau dalam masakkannya.
Jadi Admin nasihatkan kepada yang poket nipis macam admin ni janganlah sesekali pergi kedai pesan steak mahal itu sebab pasti akan berlaku lagi kes ambil gambar resit dan sebarkan di laman sosial. Pesan je menu biasa yang lain ada yang termampu dan jangan risau kerana pasti sedap.
Sumber - Siakapkeli
Post a Comment