Panas!! Neelofa ‘Mengamuk’ Dress Merah AME2015 Digelar 'Sotong'

Panas!! Neelofa ‘Mengamuk’ Dress Merah AME2015 Digelar 'Sotong'

Lumrah alam, apabila rumah siap, pahat berbunyi. Itulah yang berlaku pasca Anugerah Meletop Era 2015 (AME2015) yang berlangung hujung minggu lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Panas!! Neelofa ‘Mengamuk’ Dress Merah AME2015 Digelar 'Sotong'
Panas!! Neelofa ‘Mengamuk’ Dress Merah AME2015 Digelar 'Sotong'
Ramai penonton merungut dengan perjalanan AME2015 yang berlangsung hambar, malah ada suara-suara turut berkata, ia tak lebih dari sekadar ‘anugerah syok sendiri’! Betul ke?

Seperti biasa, aktres dan pengacara Neelofa sekali lagi menjadi tumpuan mata-mata pengikut dan pemerhati dunia hiburan yang menunggu penampilannya sebagai pengacara di majlis itu.

Baca : 11 Gambar Fesyen Neelofa Yang Serba Merah Dan Amat Mengejutkan Di Pentas Anugerah Meletop Era

Yelah, siapa boleh lupa dengan kostum ‘power ranger merah jambu‘ yang melekap ketat di susuk tubuhnya ketika muncul di pentas anugerah sama tahun lalu.

Begitu juga dengan kostum hijau yang disarungkannya apabila ada peminat menyamakan pakaian itu dengan watak ‘Goku’ dalam siri kartun Dragon Balls. Macam-macam…



Mendapat khidmat pereka Fizi Woo bagi menghasilkan persalinan indah kali ini, nampaknya penampilan Neelofa di pentas AME2015 menerima pujian ramai pihak.

Mana taknya, menurut akaun Instagram Fizi Woo, dia menggunakan 50 meter kain jenis ‘Crinoline’ dan ‘Organza Silk’ bagi mendapatkan alunan pada pakaian tersebut, dan inilah hasilnya. Cantik tak?



Namun, seorang individu yang dipercayai teman Neelofa telah menghamburkan kata-kata kurang enak di akaun Instagram wanita itu dengan mengkritik rekaan tersebut. Nak tahu dia cakap apa? Nah, baca sendiri…



Dengan membuat perbandingan persalinan yang dipakai oleh bintang Hollywood di Majlis Oscars 2015, individu tersebut menulis, “These are examples of gorgeous couture dress… Oscar 2015. Not that red crazy-ruffled-squid-like frock from last night local award (more like a circus) show… Watching 2 mins of that show hurt my intelligence…”

Ouch, memang menusuk kalbu betul ungkapan yang dicoretkan individu tersebut. Mengambil pendekatan membidas komentar tersebut, Neelofa kemudiannya membalas, “Coming from a non fashion related person like your goodself, I’ll take this as a pinch of salt. Booooo.”

Bukan itu sahaja, Neelofa dan individu tersebut turut dilihat ‘berperang’ dengan lanjutan komen yang ditinggalkan mereka di ruangan tersebut. Senang cakap, memang buku bertemu ruas lah.

Amboi, tajam juga kata-kata Neelofa terhadap individu tersebut, kan? Tak apalah, masing-masing punya citarasa dan pendapat yang hendak diutarakan.

Senang cakap, setiap manusia perlu memiliki sifat menghormati pandangan yang diutarakan pihak lain, kalau tak, haa… jadilah insiden seperti kes ini. Sabar jelah.

- MYNEWSHUB

Post a Comment

Previous Post Next Post