Sekumpulan anggota polis bakal berdepan tindakan buang kerja selepas video yang mereka rakamkan, yang memperlihatkan bagaimana seorang wanita yang mengalami masalah mental berbogel sambil menari-nari di balai polis, tersebar.
Padah!!..Merakam Aksi Wanita Gila Berbogel Di Balai, Sekumpulan Polis Bakal Dipecat |
Sebaik tiba di balai polis, Irina telah menanggalkan bajunya dan kemudian menari, menyanyi dan melompat di atas meja di balai tersebut.
Manakala anggota polis di situ bukannya menenangkan Irina sebaliknya salah seorang daripada mereka merakamkan aksi Irina dan turut ketawa.
Wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital sakit jiwa. Namun selepas klip video itu tersebar, ia telah mencetuskan kritikan terhadap anggota polis di Rusia.
Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, tindakan beberapa anggota dan pegawai di balai berkenaan dalam mengendalikan kes Irina adalah amat tidak wajar.
“Meskipun wanita itu telah dibantu dengan dihantar ke hospital sakit jiwa namun anggota polis yang membiarkan sahaja Irina berbogel dan merakamkan aksi tersebut sambil ketawa adalah memalukan.
“Siasatan sedang dijalankan dan anggota terbabit bersama dengan pegawainya akan dibuang kerja,’’ katanya.
Sumber : Mynewshub
Post a Comment