Menjijikkan!!..Tukang Masak Pengotor Jadikan Periuk Masak Sup Sebagai Tab Mandi

Menjijikkan!!..Tukang Masak Pengotor Jadikan Periuk Masak Sup Sebagai Tab Mandi

COLOMBIA – Seorang tukang masak tentera, Victor Gamboa, 27, kini tidak senang duduk selepas gambarnya mandi dan membasuh rambut di dalam periuk besar yang digunakan untuk membuat sup, tersebar di internet.

Menjijikkan!!..Tukang Masak Pengotor Jadikan Periuk Masak Sup Sebagai Tab Mandi
Menjijikkan!!..Tukang Masak Pengotor Jadikan Periuk Masak Sup Sebagai Tab Mandi
Ia juga menyebabkan pihak tentera terpaksa melakukan siasatan dan jika perlu, tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Gamboa.

Gamboa, dari batalion polis tentera ke-13, dirakamkan membuka baju dan kemudiannya memanjat ke dalam periuk besar yang mengandungi air.

Menurut seorang lagi tukang masak, Juan Camargo Cubillos, Gamboa memanjat periuk yang penuh dengan air yang digunakan untuk memasak sup untuk seluruh tentera di kem itu.

“Mula-mula dia membasuh rambut dan kemudiannya membasuh kaki dan alat sulitnya.

“Ia amat menjijikkan dan saya tidak percaya apa yang saya nampak.

“Apabila saya bertanya kepadanya apa yang dilakukan itu, dia hanya ketawa dan memaklumkan bahawa saya tidak perlu risau mengenainya,’’ kata Cubillos.

Insiden tersebut berlaku pada bulan Julai tahun lepas namun Cubillos telah dimaklumkan supaya memadamkan gambar berkenaan.

Bagaimanapun gambar tersebut kini telah tersebar di internet.

Dengan tersebarnya gambar berkenaan, maka ramai yang tidak terkejut apabila tempat memasak itu telah diarahkan ditutup selepas mendapat arahan daripada Sekretariat Kesihatan.


Sumber : MyMetro

Post a Comment

Previous Post Next Post