Georgetown: Akibat terlelap, seorang penunggang motosikal maut apabila motosikalnya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Lebuhraya Dr Lim Chong Eu di sini, semalam.
Akibat terlelap, Lelaki Mati Ketika Menunggang Motosikal |
Jurucakap trafik berkata, mangsa yang bekerja sebagai penghantar barang itu maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan.
“Siasatan awal mendapati mangsa yang tinggal di Ayer Itam, dalam perjalanan menghantar bekalan makanan ringan ke kedai runcit sekitar Bayan Baru.
“Bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan dia dipercayai terlelap atau pitam akibat cuaca yang panas sebelum motosikalnya merempuh pembahagi jalan,” katanya.
Sumber : MB
Post a Comment