Jenazah Pelajar UiTM Nursyuhada Johari, Yang Maut Dikelar Selamat Dikebumi

Jenazah Pelajar UiTM Nursyuhada Johari, Yang Maut Dikelar Selamat Dikebumi

JOHARI Hashim bersama isteri, Norazlina Dawari menyiram air di pusara anak perempuannya Nursyuhada, 19, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, Jitra. – Foto Amran Hamid

Jenazah Pelajar UiTM Nursyuhada Johari, Yang Maut Dikelar Selamat Dikebumi
Jenazah Pelajar UiTM Nursyuhada Johari, Yang Maut Dikelar Selamat Dikebumi
JITRA: Jenazah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang maut akibat dikelar kenalan lelakinya, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, dekat sini, pada jam kira-kira 11 pagi tadi.

Nursyuhada Johari, 20, yang juga anak kedua daripada enam beradik sebelum itu disembahyangkan di Masjid Kampung Cherok Mokkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan terbabit.

Pelajar tahun pertama jurusan Perhotelan di UiTM Pulau Pinang, maut selepas dikelar dan ditikam di lehernya di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang pada tengah hari, semalam.

Sebelum itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan kenalan lelakinya itu di dalam kereta sebelum dikelar dan mayatnya disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar.


Sumber : MB

Post a Comment

Previous Post Next Post