Gara-Gara Burger Wanita Ini Dibelasah Teruk Hingga Pengsan..

Gara-Gara Burger Wanita Ini Dibelasah Teruk Hingga Pengsan..

Warga Amerika, Myriah Pointer, 23 pengsan akibat serangan ganas oleh sekumpulan budak perempuan yang menyebabkan kecederaan parah pada mukanya.

Gara-Gara Burger Wanita Ini Dibelasah Teruk Hingga Pengsan..
Gara-Gara Burger Wanita Ini Dibelasah Teruk Hingga Pengsan..
Dia didapati mengalami lebam yang teruk pada mata,muka dan giginya juga patah akibat serangan ganas kumpulan perempuan tersebut terhadap Myriah.

Myriah memberi keterangan bahawa rakan-rakannya itu telah bertindak melakukan serangan ke atasnya kerana dia duduk atas salah satu kertas pembungkus burger Whopper Jr yang dibeli oleh kawan-kawannya daripada Burger King.

“Saya lebih suka cedera secara emosi daripada secara fizikal kerana perkara ini dilakukan oleh seseorang yang saya anggap sebagai kawan baik selama ini,” kata mangsa keganasan itu sambil menangis dalam televisyen Atlanta WSB.

Justeru Myriah juga mengatakan bahawa kawan-kawannya telah memfilemkan serangan tersebut yang dikatakan berlaku di hadapan seorang budak kecil, 3 tahun, iaitu anak kepada salah seorang wanita muda yang terlibat dalam serangan ke atasnya dan di depan salah seorang teman lelaki mereka.

“ Mereka perlu mendapat hukuman yang setimpal,” ujar Myriah.
Berikutan kejadian tersebut, pihak polis berkata bahawa mereka sedar akan video dan sedang menjalankan siasatan terhadap insiden itu.


Sumber - SH Terkini

Post a Comment

Previous Post Next Post