Johor Bahru: “Anak jiran saya sedang bermain permainan video dan sempat merakamkan ribut yang berlaku semalam (kelmarin),” kata Kamrandin Din Muhmad, 59, penduduk di Perumahan Rakyat Lima Kedai di Gelang Patah, di sini, semalam.
Detik Mencemaskan, Ketika Ribut Taufan Melanda Menjadi Viral Di Laman Sosial |
Kamrandin berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar bersama keluarganya di Kempas dan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat kawasan perumahan, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan kejadian itu.
Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian dan tergamam kerana atap genting berselerakan selain siling kedai makannya tercabut.
“Saya diberitahu jiran kejadian berlaku sekitar 10 minit sebelum angin ribut bertukar haluan dan menyebabkan atap genting serta siling kebanyakan rumah kedai bertaburan.
MyMetro
Post a Comment