Budak Selalu Dibuli Diejek Dan Dimalukan Kerana Mempuanyai Kaki Besar

Budak Selalu Dibuli Diejek Dan Dimalukan Kerana Mempuanyai Kaki Besar

INDIA: Seorang kanak-kanak Verdant Joshi, 4 tahun yang mempunyai kekai besar sebelah hidup dalam keadaan agak tertekan kerana sering dibuli, diejek dan dimalukan.

Budak Selalu Dibuli Diejek Dan Dimalukan Kerana Mempuanyai Kaki Besar
Budak Selalu Dibuli Diejek Dan Dimalukan Kerana Mempuanyai Kaki Besar
Beliau mempunyai tepak kaki sepanjang 11 inci dan seberat 5.4 kilogram namun masih mampun untuk berlari dan berjalan seperti orang lain.

Penyakit yang dialaminya ini sehingga sekarang menjadi misteri dikalangan pelopor bidang perubatan dan kajian mengenai penyakitnya ini masih dijalankan.

Malah ramai doktor yang mencadangkan supaya kaki budak itu dipotong manakala sebahagian yang lain pula menyatakan keadaan budak berkenaan tidak mengancam nyawanya.


Bapa kanak-kanak ini, Dilip Kumar Joshi, 30, merayu kepada doktor diseluruh dunia agar dapat merawat kaki anaknya itu kerana tidak mahu kakinya dipotong.

"Saya telah emncuba pelbagai jenis ubat-ubatan seperti homeopathi, pakar tulang dan kulit, namun semuanya menemui kegagalan."

“Doktor dari Amerika juga tidak dapat memberitahu apa silapnya, Ada yang kata hormonnya tidak seimbang, ada yang kata darah tidak mengalir dengan sempurna serta takungan air,’’ katanya.

Dalam pada itu, Verdant pula berkata, keadaan tapak kakinya yang besar itu menyebabkan dia tidak boleh berlari pantas dan sering diketawakan oleh rakan sebaya yang lain.

“Mereka tidak benarkan saya bermain kriket atau bola sepak. Saya juga mahu ke sekolah tetapi guru tidak benarkan,’’ kata Verdant.

Keadaan ini memaksa Verdant bermain dengan adiknya, Vrisha yang baru berusia setahun di rumah dua bilik mereka sahaja. - Siakapkeli

Post a Comment

Previous Post Next Post