Awie: Saya Tak Ajar Atau Tak Suruh Anak-Anak Backing Saya

Awie: Saya Tak Ajar Atau Tak Suruh Anak-Anak Backing Saya

Vokalis Wings, Azhar Othman atau Awie memberitahu bahawa dia tidak pernah menyuruh atau mengajar anak-anaknya supaya mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mampu mempertahankan dirinya terhadap masyarakat umum.

Awie: Saya Tak Ajar Atau Tak Suruh Anak-Anak Backing Saya
Awie: Saya Tak Ajar Atau Tak Suruh Anak-Anak Backing Saya
Awie berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan berani anak sulungnya, Puteri Aleeya Antasha, 15, yang telah mendakwa ibu tirinya Rozana Misbun membuat kenyataan palsu kepada media seperti mana yang dilaporkan portal Astro Gempak pada 31 Januari lalu.

Baca : Anak Sulung Awie Dedah Penipuan Rozana Misbun Sedia Jadi Saksi

Aleeya telah memuat naik status di akaun peribadi Facebooknya baru-baru ini dan telah meluahkan rasa kesalnya terhadap ‘penipuan’ dilakukan Rozana.

Status tersebut turut dikongsi Aleeya di akaun Istagramnya dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.

Menurut Awie lagi, terus-terang dia sendiri tidak tahu apa-apa mengenai tindakan anaknya itu dan dia hanya diberitahu selepas Aleeya memuatnaik status berkenaan di laman sosial medianya.

“Luluh sebenarnya hati saya apabila membaca posting yang dimuatnaik olehnya (Aleeya) itu. Sampai menitis air mata saya. Tidak sangka saya sanggup berbuat demikian demi untuk pertahankan saya.

“Apapun, dia sudah besar. Dia sudah 15 tahun. Dia beritahu saya dia muatnaikkan status berkenaan kerana dia sudah tidak tahan lagi apabila membaca kenyataan dari pihak sebelah sana dan dia mahu ceritakan keadaan yang sebenar.

“Bayangkan seorang anak yang sayatidak ajar untuk berbuat demikian, tiba-tiba buat macam itu? Dan selalunya, yang akan pertahankan saya adalah anak perempuan saya yang kedua iaitu Putri Aleefa Antasha, 11. Tapi, inilah kali pertama dia berbuat demikian,” katanya


Sumber : Murai

Post a Comment

Previous Post Next Post