Anak Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat Menafikan Ayahnya Semakin Uzur

Anak Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat Menafikan Ayahnya Semakin Uzur

Semalam ada kongsikan gambar yang tersebar luas di internet bahawa kesihatan pelakon vateran Jins Shamsuddin semakin uzur.

Anak Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat Menafikan Ayahnya Semakin Uzur
Anak Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat Menafikan Ayahnya Semakin Uzur
Walaubagaimana, anak kepada seniman itu Putera Hang Jebat menafikan khabar angin itu dan memaklumkan bahawa ayahnya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Baca : Sayu Seniman Tan Sri Jins Samsuddin Kini Kurus Uzur Amat Mengejutkan

“Ayah masih sihat, makan dan minum macam biasa cuma mungkin kerana faktor usia makan tak banyak seperti dulu. Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus”

“Saya tidak pasti bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar namun saya sedikit terkejut kerana ia menunjukkan seolah-olah ayah dalam keadaan sangat uzur sedangkan dia masih sihat di rumah,” katanya seperti yang dipetik daripada Harian Metro.

Menurut Jebat, ayahnya kini berusia 80 tahun adakalanya tidak dapat mengenalinya kerana menghidap Alzheimer kini dijaga dengan baik oleh ibunya Puan Sri Halijah Abdullah di rumah mereka di Hulu Kelang.

BULLETIN MEDIA: LEGA KAMI MENDENGAR PERKEMBANGAN INI. KAMI DOAKAN SEMOGA KESIHATAN SENIMAN JINS SHAMSUDDIN SENTIASA DIPELIHARA ALLAH SWT.



Sumber : MB

Post a Comment

Previous Post Next Post