Aksi Proton Preve Yang Parking ‘Sesuka Hati’ Menjadi Viral

Aksi Proton Preve Yang Parking ‘Sesuka Hati’ Menjadi Viral

Gambar sebuah kereta Proton Preve yang diletakkan di hadapan sebuah lif semalam telah menjadi viral laman sosial apabila banyak dakwaan mengatakan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan yang tidak bermoral.

Aksi Proton Preve Yang Parking ‘Sesuka Hati’ Menjadi Viral
Aksi Proton Preve Yang Parking ‘Sesuka Hati’ Menjadi Viral
Kereta yang bernombor pendaftaran J** **** diletakkan di hadapan tempat menunggu lif di pusat beli belah Tropicana City Mall, Petaling Jaya.



Tindakannya pemilik kereta itu mengundang respon negatif dari netizen yang menganggap pemiliknya ‘pentingkan diri’ dan tidak mengambil kira kepentingan pengunjung yang lain.

Antara komen yang dilemparkan pengguna media sosial..

“Barangkali tempat letak kereta itu telah dibeli oleh bapanya atau bapak dia punya pusat beli-belah kot,’ kata seorang pengguna Facebook yang memberi respon terhadap gambar tersebut.

Bagaimanapun, menurut sumber, kawasan itu sememangnya dibenarkan untuk meletakkan kereta kerana perkhidmatan lif di bahagian ladies parking itu tidak berfungsi.

Apapun mari kita tunggu dan lihat reaksi balas pemilik kereta tersebut nanti.-MYNEWSHUB.

Post a Comment

Previous Post Next Post