Wanita Bunuh Diri Selepas Gambar Mencuri Disiarkan Di Televisyen

Wanita Bunuh Diri Selepas Gambar Mencuri Disiarkan Di Televisyen

London: Seorang wanita membunuh diri setelah sebuah siaran television merakamkan gambar dia sedang mencuri jaket kulit di sebuah pusat beli belah TK Maxx. Gambarnya itu kemudiannya disiarkan dalam televisyen.

Wanita Bunuh Diri Selepas Gambar Mencuri Disiarkan Di Televisyen
Wanita Bunuh Diri Selepas Gambar Mencuri Disiarkan Di Televisyen
Wanita itu, Elizabeth Outram menerima rawatan sakit mental ditemui mati tergantung di rumahnya di timur London selepas meraikan hari jadinya pada 14 Ogos tahun lepas.

Perkara itu didedahkan oleh kakaknya, Alexandra, 31, dalam inkues yang diadakan di mahkamah.

Dalam rakaman itu, Outram cuba menukar tanda harga pada jaket kulit di TK Maxx dan dia telah didakwa di mahkamah kerana menipu.

Menurut kakaknya, Alexandra, sejak kejadian itu, adiknya menjadi trauma dan selalu diganggu oleh syarikat televisyen itu.

“Mereka menghantar mesej dan menghubunginya. Adik saya terpaksa menyamar sebagai saya dan meminta supaya dia tidak diganggu lagi ketika menghubungi mereka,’’ katanya.

Kata Alexandra lagi, adiknya itu memerlukan sokongan kerana mengalami masalah mental.

Bagaimanapun telah dimaklumkan kepada inkues itu bahawa kesihatan mental Outram telah bertambah baik namun ia kembali merosot susulan insiden TK Maxx berkenaan.

Sumber ─ Siakapkeli

Post a Comment

Previous Post Next Post