Pilu hati admin takkala melihat wajah si kecil ini yang sedang menahan kesakitan kerana menghidapi penyakit Cystic Hygroma iaitu sejenis penyakit bengkak kelenjar yang menyebabkan bahagian leher dan mukanya membengkak.
VIDEO: Kisah Mohammad Syamil, Bayi Kecil Menderita Cystik Hygroma (Bengkak Kelenjar) |
Mohammad Syamil Hafizy Bin Ismail, 39 hari, yang dilahirkan pada 12/1/2015 di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh, Perak pada pukul 11.35 malam telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut selepas selamat dilahirkan.
Bagaimanapun sekarang Syamil sudah dirawat kembali wad NICU Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak keadaannya sekarang agak stabil dengan kawalan ubat tidur dengan bantuan tiup oksigen.
Syamil masih belum boleh bernafas sendiri kerana bengkakan tersebut telah menekan saluran penafasannya menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
Dibawah adalah video terkini adik Syamil.
Post by Bulletin Media.
Kesiannya wahai engkau sayang....Ya ALLAH...Sedihnya hati admin..
Menurut ibu kepada Syamil, Puan Nurul Afidah, Pada awal kehamilan beliau telah pergi mendapatkan rawatan doktor dan doktor mengatakan bahawa kandungannya adalah kembar.
"Setelah kandungan saya berumur 5 bulan saya membuat pemeriksaan lagi dan doktor mendapati saya mengalami cyst ovari sebelah kiri sebesar 7 cm dan doktor mengesahkan ia bukanlah dari dalam rahim."
" Mereka membuatkan keputusan untuk membuang ketumbuhan cyst tersebut semasa saya melahirkan bayi nanti dengan memberikan tarikh untuk pembedahan pada 26/1/2015," ceritanya.
Pada bulan keenam kandungannya mula merasa sakit dimana perutnya membesar seperti kandungan sudah sembilan bulan dimana kulit perutnya mula meregang dan pedih-pedih.
"Semasa kandungan saya berusia lapan bulan, kaki kiri saya tidak mampu diangkat,kemungkinan kepala bayi sudah berada di bawah."
"Kerana tidak mampu berjalan, saya putuskan untuk pegi hospital,pada 12/1/2015 pada pukul 4.00 petang. Apabila sampai di hospital saya telh diperiksa oleh doktor pakar dan mereka baru menyedari bengkak tersebut bukan berada di kilang telur,tetapi dibawah kepala bayi."
" Doktor terus memberitahu akan menjalani pembedahan kecemasan untuk keluarkn bayi. Mereka menasihati supaya suami bersiap sedia kemugkinan bayi akan hadapi komplikasi kerana kata mereka peluang untuk bayi selamat agak tipis,allah saja yang tahu,anak yg masih begerak aktif di dlm perut mempunyai peluang tipis utk hidup,pada masa itu,mahu saja ku biarkan ia membesar di dlm perut." cerita puan Nurul mengenang kembali detik pilu tersebut.
Di bawa adalah luahan yang dapat kami kongsikan dari laman facebook milik puan Afidah.
"Untuk memandang lama,melihat kedalam sesangatlah perit,..tak tergalas batu di pikul,di buang tak mampu lempar...allahuakbar,merungut tidak akan mereda,bersujud merenung kedepan,sampai satu masa penghujung cerita akan tetap sampai,bila dan bagai mana,hanya pencipta yg lebih tahu,berserah bertawakal...berdoa,...kuatkn hati,kuatkan iman,....insya allah,...."
Pilunya, kasihannya, sedihnya mengenangkan nasib baby Syamil yang belum tahu apa-apa lagi sedang melawan sakit ini. Kita yang sudah dewasa ini pun entah tidak terdaya melawan sakit seperti ini. YA ALLAH kau sembuhkanlah sakit adik Syamil.
Untuk mereka yang hendak memberi bantuan kewangan bolehlah bank in ke
107291012634 (Maybank)
Ismail Bin Othman.
Atau hubungi Puan Nurul Afidah di talian 012-563 3088.
Semoga jasa baik ada semua mendapat balasan ayng setimpal dari Allah. Amin memohon jasa baik anda semua Likers SK bersama-sama kita mendoakan adik Mohammad Syamil Hafizy cepat sembuh. - Siakapkeli
Post a Comment