KUALA TERENGGANU - Hukum adat berkabung yang dilaksanakan bagi menghormati kemangkatan pembesar Diraja atau kematian pembesar mana-mana negeri adalah harus dan dibenarkan.
Tiada larangan khusus terhadap adat berkabung |
"Berkabung termasuk dalam hukum adat, maka ia tertakluk kepada kaedah al-Asl Fi al-Asya' al-Ibahah yang bermaksud asal hukum sesuatu (yang adat dan bukan ibadat) itu adalah harus kecuali ada dalil syarak yang menunjukkan sebaliknya.
"Bagaimanapun, keharusan itu mestilah tertakluk kepada beberapa syarat iaitu tidak bercanggah dengan akidah Islam seperti membabitkan kepercayaan terhadap sesuatu dan tidak berbentuk upacara ibadat agama lain dan melampaui batas seperti mendewa-dewakan orang yang telah mangkat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Rozali berkata, keraguan masyarakat timbul dalam isu perkabungan ini apabila ada sesetengah pihak yang menyamakan hukum berkabung itu dengan ihdad dan tazkiah sedangkan ia merupakan perbuatan yang berbeza.
"Ihdad hanya khas untuk kaum wanita yang kematian suami yang perlu meninggalkan perhiasan, wangian, keelokan selama empat bulan 10 hari sedangkan berkabung tidak khusus untuk kaum wanita dan ia umum untuk masyarakat dan semasa berkabung masyarakat boleh memakai apa jua pakaian termasuk pakaian cantik.
"Berkabung juga berbeza dengan hukum memberi takziah kerana berkabung bukanlah ucapan tetapi membuat sesuatu yang menjadi tanda simpati, turut bersedih dan penghormatan...sekarang ini ramai yang mengangap berkabung sehingga 40 hari itu terlarang kerana ia seolah-olah memberi takziah melebihi tempohnya iaitu tiga hari. Hukum takziah sunat untuk tiga hari kematian,' katanya.
Justeru Rozali berkata, masyarakat tidak lagi perlu keliru dengan hukum berkabung ini kerana berkabung adalah adat yang hukumnya harus serta dibenarkan syarak. - Bernama
Post a Comment