Lagi Mayat Dan Bahagian Bangkai Pesawat MH17 Ditemui

Lagi Mayat Dan Bahagian Bangkai Pesawat MH17 Ditemui

Gambar fail yang diambil pada 16 November 2014 menunjukkan pasukan carian Belanda sedang melihat bahagian bangkai pesawat MAS, penerbangan MH17 dikeluarkan dan dimuatkan ke dalam trak di lokasi kemalangan berhampiran perkampungan Grabove di timur Ukraine. -foto AFP

Lagi Mayat Dan Bahagian Bangkai Pesawat MH17 Ditemui
Lagi Mayat Dan Bahagian Bangkai Pesawat MH17 Ditemui
Pasukan carian Belanda menemui mayat dan bangkai pesawat dari lokasi nahas penerbangan Malaysia Airlines (MH17) di timur Ukraine pada Isnin, menurut kerajaan Belanda.

Pesawat itu ditembak jatuh pada 17 Julai lalu, membunuh 298 penumpang dan anak kapal, di mana dua pertiga daripadanya adalah rakyat Belanda. Pasukan forensik di Belanda setakat ini telah mengenal pasti 295 mangsa dengan ujian DNA.

Pegawai polis dan tentera Belanda yang berkerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), menemui bahagian badan berhampiran bandar Grabovo, berdekatan dengan lokasi utama kemalangan, kata satu kenyataan.

"Mereka menemui barangan peribadi dan beberapa serpihan bangkai yang dijumpai oleh penduduk," katanya.

Pasukan itu merancang untuk meneruskan carian di kampung-kampung berdekatan pada hari berikutnya jika keadaan keselamatan membenarkannya.

Pertempuran di antara tentera kerajaan dan pemberontak pro-Rusia telah melonjak sejak kebelakangan ini selepas rundingan damai gagal.

Penyiasatan antarabangsa yang dipimpin oleh Belanda berhubung bagaimana pesawat itu ditembak jatuh sedang diteruskan.

Ia secara meluas dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara yang dilancarkan dari wilayah yang dipegang oleh pemberontak pro-Rusia.



Sumber -mstar

Post a Comment

Previous Post Next Post