Nampaknya kes sihir seperti yang didakwa Azwan Ali makin panas. Selepas mengaku disihir oleh selebriti lelaki berperwatakan lembut, ada pihak mengaitkannya dengan Jaafar Onn.
Kronologi Kisah Azwan Ali Disihir Supaya Anda Tak Keliru |
1. Dakwa Disihir Bapok Bernama J Di Melodi
Menerusi program Melodi Ahad lalu Azwan Ali membuat pengakuan disihir oleh seorang bapok tua bernama J. Ekoran pengakuan Azwan Ali itu ramai pihak cuba meneka siapakah bapok tua bernama J yang dimaksudkan. Maka bermulalah pencarian bapok tua yang bernama J dan akhirnya nama seorang selebriti mula diperkatakan.
2. Jaafar Onn Ke?
Walaupun tidak menyatakan secara terang-terangan siapakah artis yang dimaksudkan itu, ada pihak mengaitkannya dengan Jaafar Onn. Ini diburukkan lagi dengan penyebaran tweet palsu Jaafar Onn sedang mandi buih dengan kapsyen yang agak mengundang. Selfie mandi buih, kau rasa?
3. Pendedahan Portal Hiburan Bermula Huruf A
Sebuah portal hiburan bermula dengan huruf A mendakwa Azwan Ali memuat naik foto Jaafar Onn dengan kapsyen yang memaki hamun artis tersebut namun memadamnya beberapa minit kemudian.
Menurut portal tersebut, Azwan Ali pada mulanya dilihat memuat naik tiga keping foto Jaafar di akaun twitternya namun telah memadam dua daripadanya. Takut ke DIVA AA? Dah macam kuasa bateri pula AAA.
4. Nafi Sebut Nama Jaafar Onn
Azwan Ali bagaimanapun menafikan pernah menyebut nama Jaafar Onn dalam mana-mana kenyataan malah tidak memberikan respon apabila ditanya peminat tentang bapok tua yang dimaksudkan.
Orang boleh cut and paste dan edit. Cuba buktikan saya yang muat naik gambar itu. Ini adalah satu budaya biadap bin anjing sebilangan rakyat Malaysia.
Saya tidak pernah cakap siapa artis itu tetapi saya akui memang ada menyebut bapok tua yang bermula dengan huruh J dalam rancangan Melodi dan itu saya tidak perlu takut.
Macam-macam persoalan saya naik di Instagram dan Twitter. Pengikut saya tanya siapa J dan mereka cuba teka tetapi saya tidak pernah respon dan beri jawapan sebab saya tahu perkara itu boleh menggugat saya di mahkamah.
Saya tidak hairan dengan akaun-akaun palsu yang cuba menjahanamkan nama Azwan Ali.
Tidak mahu terus menjadi mangsa fitnah dan aib, Azwan Ali bertindak membuat laporan di Balai Polis Melawati. Sama-sama lah kita tunggu apa kesudahan drama Azwan Ali ini.
Kalau dilakukan penambahbaikan terhadap jalan ceritanya, boleh jadi filem. Haha
Post a Comment