Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengumumkan penurunan tarif elektrik mulai 1 Mac

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengumumkan penurunan tarif elektrik mulai 1 Mac

PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini mengumumkan penurunan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWh) berkuat kuasa 1 Mac sehingga 30 Jun tahun ini selaras dengan penjimatan semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT).

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengumumkan penurunan tarif elektrik mulai 1 Mac
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengumumkan penurunan tarif elektrik mulai 1 Mac
Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Kabinet pagi ini dan pengurangan itu bakal memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakan melebihi 300 kWh sebulan.

Beliau berkata, keputusan itu juga akan membolehkan pengguna-pengguna domestik bakal menikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 sebulan berdasarkan kadar penggunaan bulanan elektrik.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan mengenai semakan pelepasan kos bahan api dan penjanaan (ICPT) dan kesannya terhadap tarif elektrik di sini hari ini.
Untuk rekod purata kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia pada masa ini adalah sebanyak 38.53 sen per kWh.


Sumber : BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post