Wanita ditipu 'artis kegilaan' Bila Melihat Gambar Di Profil Facebook

Wanita ditipu 'artis kegilaan' Bila Melihat Gambar Di Profil Facebook

Berbekalkan gambar profil seorang artis tanah air, ia mampu mencairkan hati wanita dan juga mangsa di luar sana untuk membeli gajet yang tidak pernah wujud dengan harga yang murah berbanding di pasaran.

Wanita ditipu 'artis kegilaan' Bila Melihat Gambar Di profil Facebook
Wanita ditipu 'artis kegilaan' Bila Melihat Gambar Di Profil Facebook
Wani (bukan nama sebenar), 26, menceritakan detik perkenalannya dengan lelaki yang mengaku seorang artis yang juga pemuzik untuk memerangkap mangsa pada tahun lalu.

Menurutnya, suspek yang juga menggunakan profil artis kegemarannya itu telah menambahnya sebagai kenalan dan menghantar mesej di Facebook.

“Pada mulanya saya sangat teruja kerana ada artis yang disukai membuat permintaan untuk menambah kenalan dengan saya di Facebook.

“Apa yang membuat saya yakin dia seorang artis kerana maklumat profilnya lengkap dan gambar yang dimuat naik adalah gambar peribadinya.

“Mula-mula saya hanya berbalas mesej dengannya dan sejak seminggu mengenalinya dia mula mempromosi barangan gajet yang kononnya dijual dengan harga murah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, dia menawarkan harga RM1,700 setelah berlakunya tawar-menawar untuk lima jenis gajet termasuk dua telefon bimbit berjenama dan komputer riba.

“Saya memang berminat dengan tawaran itu dan mempercayai dia seorang artis selain tidak mungkin akan menipu.

“Jadi saya telah menawarkan barangan tersebut kepada salah seorang saudara saya dan dia juga berminat untuk mendapatkannya,” katanya.

Wani berkata, namun tindakan bijak saudaranya itu membuat pemeriksaan di internet mengenai artis tersebut mendapati ia adalah satu penipuan dan berjaya menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan tersebut.

“Saya telah menghantar salinan kes penipuan yang menggunakan profil tersebut kepada lelaki itu namun dia mula mengugut saya dengan menyatakan mahu membawa perkara itu ke mahkamah dan menghebahkan melalui satu program televisyen,” katanya.

Selain itu, katanya, kerana rasa diri telah ditipu, akaun Facebook individu penjual gajet itu dihalang dan dikeluarkan daripada senarai rakannya di laman media sosial tersebut.

“Selepas ini, saya akan lebih waspada dan tak mudah terpengaruh. Saya hampir ditipu yang mungkin akan mendatangkan pelbagai masalah, sekiranya wang telah dipindahkan ke akaun penipu tersebut namun barang tidak diperolehi,” katanya.



Sumber : SH

Post a Comment

Previous Post Next Post