Video : Zamani Dipaksa Nyanyi Dengan Tangan Bergari, Pengurus Ambil Tindakan

Video : Zamani Dipaksa Nyanyi Dengan Tangan Bergari, Pengurus Ambil Tindakan

PETALING JAYA: Pengurus kepada Zamani (Slam) iaitu Johan Aziz akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungajwab sehingga tersebarnya video penyanyi itu dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari.

Video : Zamani Dipaksa Nyanyi Dengan Tangan Bergari, Pengurus Ambil Tindakan
Video : Zamani Dipaksa Nyanyi Dengan Tangan Bergari, Pengurus Ambil Tindakan
Johan berkata, penyebaran video itu benar-benar mengaibkan Zamani, 44, ditambah pula penahanannya akibat penyalahgunaan dadah.

“Saya tidak tidur malam selepas melihat rakaman video itu dan saya akan bertindak terhadap pihak berkenaan agar perkara yang sama tidak akan terjadi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Terdahulu media meloporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik

Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.


Video ini yang tersebar menjadi kemarahan orang ramai terhadap anggota polis.

Bagaimanapun pada Khamis, video Zamani yang dituduh terlibat dalam kejadian berkenaan tersebar dengan keadaan tangan bergari sambil diarahkan menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang.

Dalam pada itu Johan berkata, mustahil video itu dirakam oleh orang awam kerana seseorang suspek yang ditahan polis perlu dibawa ke lokap untuk proses siasatan dan ia tentulah di bawah pengawasan anggota keselamatan.

Justeru beliau tidak menolak penyebaran video itu dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan.

“Semasa saya berjumpa dengan Zamani semalam (Rabu) dia tidak menceritakan mengenai rakaman itu sebaliknya dia meminta saya sampaikan kepada peminat, dia memohon maaf atas perbuatannya,” kata Johan.

Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez ketika dihubungi mStar Online meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang menyebabkan video berkenaan tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.

Katanya, video itu benar-benar menghina Zamani dan pihak keselamatan seharusnya menunjukkan contoh yang baik dalam menjaga suspek yang ditahan.

”Saya sudah melihat video itu dan saya benar-benar kesal dengan apa yang telah berlaku,” jelasnya.


Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar memberi jaminan untuk mengambil tindakan terhadap orang yang menyebarkan video Zamani.

Sehubungan itu Freddie akan mengadakan pertemuan dengan pihak atasan di Kementerian Dalam Negeri pada Khamis (hari ini) untuk membincangkan hal berkenaan.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim kini direman di lokap Balai Polis Hulu Klang dekat sini untuk proses siasatan.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitternya pada Khamis memberi jaminan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang merakam dan memuat naik video penyanyi itu dalam keadaan bergari.

"Polis akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap orang yang merakam dan muat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," katanya.



Sumber : MyStar

Post a Comment

Previous Post Next Post