Setelah beberapa waktu dia mengelak dari memberi kenyataan, namun sebentar tadi menerusi temuramah yang disiarkan di Astro Awani, Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan memohon maaf kepada isteri tercinta, pelakon Umie Aida kerana diheret sama dalam isu lelongan rumah milikan mereka yang dikatakan mencecah harga RM2.1 juta.
Suami Umie Aida Mohon Maaf Hadiah Perkahwinan Dilelong |
"Saya mohon maaf kepada Umie kerana banyak mengheretnya dalam isu ini, namun dia selalu memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang perjuangan ini.
"Umie tenang dan cekap sepanjang menghadapi pahit getir perjuangan ini, dia ialah seorang isteri yang amat cekal dan miliki kekuatan yang menakjubkan," katanya semasa sidang media sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Sebelum ini Khairuddin menafikan diberitahu mengenai lelongan rumahnya selain tidak tahu menahu atau diberi sebarang notis atau writ mengenai lelongan itu.
Sebuah akhbar juga melaporkan, seorang wanita dari Damansara yang enggan dikenali memberitahu membeli rumah Khairuddin selepas tiada mana-mana pihak membida rumah tersebut ketika lelongan dibuat.
Bagaimanapun katanya, isu rumah itu hanyalah salah faham selain mengakui sudah ada pembeli dengan harga RM5.8 juta untuk unit rumah berkenaan.
"Memang rumah itu hendak dijual tetapi bukan dilelong dengan harga yang begitu rendah. Saya sudah mengambil peguam untuk mencabar keputusan lelong berkenaan.
"Tambahan saya sendiri dimaklumkan mengenai lelongan itu pada 13 Januari sedangkan ia berlangsung dua hari sebelumnya," jelasnya.
Bagaimanapun jelasnya, sebagai seorang isteri, Umie dilihat terlalu tabah dan sentiasa memberi sokongan moral kepadanya walaupun mengharungi saat getir di dalam hidupnya akhir-akhir ini.
Sumber : Bernama
Post a Comment