Shila Amzah tampil mengulas mengenai punca penarikan dirinya daripada bertanding di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) untuk tahun ini.
Shila Amzah Merajuk Dengan Media Tempatan, Undur Diri Dari ABPBH |
“Semua (media Melayu) telah bertindak memboikot saya, jadi saya membuat keputusan untuk tidak menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada hari ini. Shila Amzah Entertainment Berhad telah membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini kerana mempunyai konflik dengan sesetengah media,” katanya.
Paparan tersebut turut disertakan hash tag #shilalas dan #wearestillunited untuk menghargai peminat yang selama ini menyokong karier seninya.
Shila Amzah sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan media Melayu dengan mendakwa media Melayu tidak memberikan sokongan terhadap kerjayanya sebagai artis tempatan. Hal demikian kerana hanya media dari syarikat akhbar Cina sahaja yang muncul untuk membuat liputan terhadap konsertnya yang berlangsung di Jalan Klang Lama, pada September tahun lepas.
Kenyataan tersebut kemudiannya dihujani balas oleh kritikan hebat media tempatan khususnya media cetak dan elektronik Melayu yang mendakwa, mereka sebenarnya tidak mendapat jemputan rasmi oleh pihaknya untuk ke konsert tersebut.
Sumber : Sinar Harian
Post a Comment