Luahan Hati Pengasas Vida Beauty 'Sedih lihat gambar saya dijadikan bahan lawak'

Luahan Hati Pengasas Vida Beauty 'Sedih lihat gambar saya dijadikan bahan lawak'

“Saya sudah bersedia menerima kerana rakan serta adik-beradik menasihatkan agar reda menerima apa saja yang diperkatakan.


Luahan Hati Pengasas Vida Beauty 'Sedih lihat gambar saya dijadikan bahan lawak'
Luahan Hati Pengasas Vida Beauty 'Sedih lihat gambar saya dijadikan bahan lawak' 
“Namun bagi saya, apa yang ingin saya sampaikan melalui dua program besar itu, terutama AJL yang ditonton kira-kira tujuh juta orang, berjaya selepas ramai memperkatakan mengenai produk Qu Puteh,” luah Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida mula menjadi tumpuan selepas menaja dua program besar iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 dan Gegar Vaganza sehingga membuatkan banyak gambar serta ceritanya disiarkan di media sosial.

Tagline ‘Qu Puteh barulah puteh’ sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan Datuk Vida dalam kedua-dua program itu menjadi sebutan sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Bukan setakat itu, ada juga yang mengubah dan menukar gambar Datuk Vida menjadi bahan ketawa, termasuk mengubah lirik lagu Apa Khabar serta mengaitkan dengannya.

“Sedih melihat gambar saya dijadikan bahan lawak, namun saya tidak ambil peduli.

“Mereka yang ada masa untuk edit gambar saya, semua ini saya anggap seperti anak-anak yang masih belum matang,” katanya.

Datuk Vida yang ditemui di Wisma Vida Beauty di sini, malam tadi, berkata, dia pernah berhadapan dugaan lebih besar selepas dua anaknya meninggal dunia dalam kebakaran pada Ogos 2013.

“Dalam rasa sedih diejek, saya tetap gembira apabila ada yang nampak apa yang cuba disampaikan. Kini apabila sebut mengenai nak jadi putih, pasti akan teringat produk saya,” katanya.

Tambah Vida, walaupun menerima kutukan, dia tetap berhasrat terus menaja program hiburan selepas ini.

Sumber -Mymetro

Post a Comment

Previous Post Next Post