Seorang penyanyi terkenal pada era 90an ditahan polis kira-kira jam 12.30 pagi semalam selepas disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.
Penyanyi terkenal era 90an ditahan positif dadah, miliki heroin |
Menurutnya, sewaktu pemeriksaan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ampang Jaya di bilik penyanyi berkenaan, sepeket plastik yang disyaki dadah jenis heroin ditemui di atas tilam di dalam biliknya.
“Siasatan awal mendapati suspek mengaku telah terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun dan mendapatkan bekalan heroin daripada seorang lelaki.
“Pemeriksaan ke atas air kencing kedua-dua yang ditahan itu juga positif di mana penyanyi berkenaan positif morfin manakala wanita tersebut amphetamine (AMP),” katanya.
Tambah Khairuddin, dalam pemeriksaan lain, pihaknya tidak menjumpai barangan lain yang salah di sisi undang-undang.
Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Siasatan ke atasnya juga masih diteruskan,” ujarnya
Sumber : Bernama
Post a Comment