Mayat dijumpai bogel dalam tali air di Kampung Lebuh Banting

Mayat dijumpai bogel dalam tali air di Kampung Lebuh Banting

TASEK GELUGOR - Satu mayat dalam keadaan bogel ditemui dalam tali air di Kampung Lebuh Banting, semalam.

Mayat bogel dalam tali air di Kampung Lebuh Banting
Mayat dijumpai bogel dalam tali air di Kampung Lebuh Banting
Mayat yang hanya ada ikatan kain pelekat pada pinggang itu ditemui orang awam kira-kira jam 11.30 pagi ketika melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komissioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa.

“Berdasarkan fizikal mayat, dipercayai ia sudah berada dalam air kira-kira tiga hingga empat hari.

“Mayat yang dipercayai warga asing berdasarkan tangkal pada tubuh badannya itu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya.


Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post