GAMBAR menunjukkan satu beg plastik berisi toiletries yang dipulangkan oleh seorang pencuri kepada sebuah kedai runcit kini hangat diperkatakan netizen.
Mangsa banjir mohon maaf, pulangkan balik barang dicuri dari kedai |
Individu yang bertanggungjawab bagaimanapun tidak diketahui kerana dia dipercayai segera menghilangkan diri sebaik sahaja memulangkan barangan yang pernah dicurinya itu.
Lokasi kedai tersebut juga tidak didedahkan oleh sumber yang berkongsi gambar ini.
Sementara itu, ramai berpendapat mangsa banjir tersebut berkemungkinan terlalu terdesak hingga menyebabkan dia bertindak mencuri tempoh hari.
Tak dinafikan, banjir yang melanda baru-baru ini agak dahsyat keadaannya di sesetengah tempat, hinggakan ada penduduk di kawasan tertentu terputus barangan keperluan.
Apa pun sebagai penganut Islam, kita harus ingat bahawa ‘matlamat tidak pernah menghalalkan cara’
Sumber : NewMalaysianPost
Post a Comment