Misteri kehilangan seorang lelaki hampir setahun lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis, di sini, hari ini.
Lelaki mati lepas lori terbabas masuk gaung dijumpai selepas setahun |
Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Superintendan Douglas Taong, berkata berdasarkan maklumat tertera pada lori berkenaan, polis pergi ke sebuah rumah dipercayai ahli keluarga mangsa.
"Menurut ibu mangsa, Sharif sudah lama tidak pulang ke rumah dan mereka terputus hubungan sejak Januari tahun lalu.
"Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat berhubung kehilangan mangsa. Mangsa disyaki terbabas lalu jatuh ke gaung tanpa disedari sesiapa.
"Rangka mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sumber : Berita.Media.Semasa
Post a Comment