Kisah sedih makcik minta tudung menjadi viral di media sosial..

Kisah sedih makcik minta tudung menjadi viral di media sosial..

Kisah seorang makcik yang mendapat bantuan daripada pasukan bantuan sukarelawan banjir menjadi viral di media sosial.

Kisah sedih makcik minta tudung menjadi viral di media sosial..
Kisah sedih makcik minta tudung menjadi viral di media sosial..
Sukarelawan banjir, Nik Zahrinawati Nik Zahari berkata, pada mulanya, makcik itu melambai ke arah pasukan sukarelawan, dengan kepalanya bersarung beg plastik sambil memegang sebatang tongkat.

Malah katanya, apabila didekati, makcik itu hanya meminta sehelai tudung untuk dipakai, setelah memberitahu dia baru dibawa turun oleh pasukan bomba dari kawasan bukit di Kampung Karangan, Kuala Krai, petang semalam.

“Benda pertama yang makcik itu minta ialah tudung. Kami ambil tudung dan bagi pada dia, dia terus buka plastik (yang disarung di kepala) dan pakai. Saya tidak tahan, nangis di situ juga.

“Barang yang paling dia minta ialah tudung, kain sarung. Sebab dia kata, kain yang dia pakai dah seminggu dan sudah kena air kencing dan dia juga minta telekung.

“Paling akhir dia minta, ayat dia ‘kalau ada sebutir dua beras, berilah’, dan kami bagi pada dia,” kata Nik Zahrinawati ketika dihubungi hari ini.

Keadaan banjir di Kelantan bertambah baik, apabila hampir separuh daripada jumlah mangsa banjir dibenarkan pulang, pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, jumlah mangsa banjir setakat jam 10 pagi Khamis menurun secara mendadak kepada 44,081 orang, berbanding 81,458 orang malam tadi.

Katanya, sebanyak 10,753 keluarga masih ditempatkan di 178 pusat pemindahan di lapan jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah seramai 14,184 orang, Tumpat (9,524 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Bharu (4,910 orang), Machang (3,769 orang), Pasir Mas (3,015 orang), Gua Musang (3,006 orang) dan Pasir Puteh (28 orang).

Cuaca di negeri berkenaan juga dilaporkan cerah, pagi tadi.


Sumber : NewMalaysianPost.com

Post a Comment

Previous Post Next Post