HANOI - Ribuan kucing yang diseludup dari China untuk dijadikan hidangan berjaya diselamatkan, kata polis semalam.
Kejam: Ribuan Kucing Diseludup Dari China Untuk Dijadikan Hidangan?.. |
Jurucakap polis semalam berkata, mereka menahan sebuah lori sedang dalam perjalanan ke ibu negara Vietnam pada Selasa lalu.
“Ketika diperiksa kami mendapati bahagian belakang lori berkenaan penuh dengan kucing.
“Secara keseluruhan kucing itu seberat 3,000 kilogram,” katanya.
Kerajaan sudah mengharamkan daging kucing untuk dijadikan hidangan di Vietnam, namun ia masih disajikan dengan meluas di beberapa restoran tertentu.
Kata jurucakap itu, pemandu lori mengaku dia membawa kucing itu dari wilayah Quang Ninh yang bersempadan dengan China.
“Menurut undang-undang, semua kucing ini sepatutnya dilupuskan tetapi kami masih memikirkannya kerana jumlah yang terbabit adalah sangat banyak,” katanya dalam satu kenyataan.
Imej yang didedahkan media tempatan menunjukkan kucing itu berada dalam keadaan amat menyedihkan.
Ia dikurung dalam sangkar buluh yang sempit dan disusun berhimpit-himpit antara satu sama lain.
Sumber : AFP
Post a Comment