TURKI-Seorang pelayan `gila’ akhirnya dipenjarakan seumur hidup kerana membunuh isterinya secara kejam dengan mengenakan renjatan elektrik ketika wanita itu sedang tidur. Puncanya adalah hanya disebabkan wanita itu melahirkan anak perempuan.
KEJAM !! Isteri Dibunuh Guna Elektrik Ketika Sedang Tidur |
Turan sebelum itu telah bergaduh dengan isterinya di rumah mereka di Diyarbakir, selepas wanita itu melahirkan anak kedua mereka yang kini berusia setahun. Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim menyelar Turan kerana merancang pembunuhan itu dengan baik sekali.
“Kelakuan kau yang tidak berhati perut itu bukan sahaja mengakibatkan dua anak kecil kehilangan ibu mereka, malah mereka juga kini kehilangan bapa,’’ katanya.
Sejak sedekad lalu, peningkatan kes bunuh terhadap wanita di Turki telah meningkat mendadak sebanyak 1,400 peratus antara 2002 dan 2009. Malah dalam masa 11 bulan pada 2014, 253 wanita dibunuh oleh lelaki dalam pelbagai serangan.
Sumber : BERNAMA
Post a Comment