Ibu Tunggal Sanggup Kayuh Basikal Sejauh 15 Km Ambil BR1M

Ibu Tunggal Sanggup Kayuh Basikal Sejauh 15 Km Ambil BR1M

SEGAMAT – Semata-mata mahu mengambil duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ibu tunggal di Kampung Tengah dekat sini, sanggup mengayuh basikal 15 kilometer (km) ke Dewan Serba Guna Jalan Genuang, kelmarin.

Ibu Tunggal Sanggup Kayuh Basikal Sejauh 15 Km Ambil BR1M
Ibu Tunggal Sanggup Kayuh Basikal Sejauh 15 Km Ambil BR1M
Kamsah Mudakir, 55, berkata, dia terpaksa mengambil masa selama 45 minit dari rumahnya ke dewan tersebut dan mengakui sudah biasa berbasikal walaupun terpaksa melalui jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan.

“Mak cik sudah lama mengayuh basikal sejak dahulu lagi kerana ini sahajalah kenderaan yang ada. Hendak beli motosikal, tetapi belum mampu kerana keadaan kewangan belum mengizinkan.

“Mak cik hanya bekerja di kedai makan sahaja dan pendapatan diterima diguna untuk persekolahan dua anak saya dan perbelanjaan harian kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut ibu kepada lima anak itu, setiap hari dia akan menghantar dan menjemput anak bongsunya, Siti Nurdiana Idris, 13, dari Sekolah Tinggi Segamat (STS) kerana tidak mampu untuk membayar tambang bulanan bas sekolah.

Katanya, dia juga sanggup berkorban untuk anak-anaknya asalkan mereka mendapat pendidikan sewajarnya agar mampu mengubah nasib kelak.

“Alhamdulillah, walaupun mak cik kayuh basikal berpuluh tahun, mak cik tidak pernah terjatuh dan mendapat kecederaan serius. Mak cik akan terus mengayuh selagi kudrat mak cik masih berdaya.

“Duit BR1M yang diterima hari ini (kelmarin), mak cik akan simpan untuk kegunaan anak-anak mak cik. Banyak lagi yang perlu dibayar dan ini sedikit sebanyak meringankan beban yang dihadapi oleh mak cik,” katanya.


Sumber- Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post