JOHOR BAHRU – Seorang guru agama merayu bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua anaknya yang hilang ketika mereka pergi ke kedai untuk membeli minuman berhampiran rumahnya di Taman Daya, di sini, kelmarin.
Guru agama rayu bantuan orang ramai beri maklumat dua anaknya yang hilang.. |
Sewaktu kejadian, Azriana berkata, kedua-dua anaknya meminta izin untuk membeli air minuman di kedai ketika dia sedang menjalankan kelas agama di Jalan Pinang 52, Taman Daya, di sini, kira-kira 9.30 malam, pada 7 Januari lalu.
“Saya bagi mereka pergi sebab mereka dah biasa pergi kedai itu sebelum ini dan kenal dengan penduduk setempat.
“Tapi lepas mereka pergi 15 minit kemudian, saya mula risau. Lepas itu saya terus cari mereka di kedai itu dan kawasan lain yang berhampiran tetapi tak jumpa.
“Pekerja restoran yang biasa anak saya beli minuman dekat situ pun cakap anak saya tak datang ke kedai itu” katanya.
Dalam pada itu, Azriana yang telah berpisah dengan suaminya itu enggan mengulas lanjut ketika ditanya kemungkinan dua anaknya berada bersama ayah mereka.
Azriana juga memuat naik beberapa gambar anaknya di Instagram dan Facebook untuk memohon pertolongan orang ramai membantu kerana mungkin melihat anak-anaknya yang kali terakhir Mohd Zafri Iman, memakai baju berwarna hitam dan Nur Alysyah Zafiera memakai baju tidur berwarna putih.
Sementara itu, kakak Azriana, Azrizah, 44, berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Setia Indah kira-kira jam 10 malam pada hari kejadian.
Dalam pada itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan sedang menjalankan siasatan.
Sumber :SH
Post a Comment