Gadis yang pernah menggegarkan negara tahun lalu selepas menjadi mangsa rompakan dan wajahnya ditoreh, Nur Shafiqa Lah,23, selamat diijabkabulkan, kelmarin.
Gadis yang menjadi mengsa rompakan,ditoreh muka selamat diijabkabulkan |
“Alhamdulillah, syukur. Buat yang penting dulu. Parut muka boleh tutup dengan mekap dan Camera 360,” tulisnya dalam salah satu gambar yang dimuatnaik.
Terdahulu, pada insiden hitam yang berlaku pada 30 November 2014 itu, Nur Shafiqa telah diserang ketika rumahnya dipecah masuk oleh dua lelaki dan ketika itu dia bersama ibunya di rumah.
Ketika kejadian Nur Shafiqa telah ditoreh sehingga mendapat 15 kesan kecederaan dimuka
Selain kecederaan, kedua-dua mereka kehilangan harta benda bernilai hampir RM10,000.
Majlis akad nikah pasangan itu diadakan di sebuah masjid di Pasir Puteh, Kelantan dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Sumber : Sinar Harian
Post a Comment