Malang bagi seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menjadi mangsa perkosa bapa tirinya lebih 20 kali, sejak akhir tahun lalu.Bertambah malang apabila bapa tiri kanak-kanak itu melepaskan nafsu binatangnya ke atas mangsa sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Dirogol lebih 20 kali bapa tiri bertopengkan syaitan |
Menurutnya, mangsa dirogol berkali-kali oleh bapa tirinya yang berusia 34 tahun, di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, Cheras.Mangsa diperkosa suspek yang bekerja sendiri sejak Disember 2013, tanpa pengetahuan sesiapa.Suspek dipercayai mengambil kesempatan ke atas mangsa, ketika isterinya yang merupakan seorang kerani kilang alat tulis keluar bekerja, katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Khairuldinmemberitahu, isteri suspek ada memberitahu, sejak kebelakangan inijuga, suaminya tidak bekerja dan hanya berada di rumah, dipercayai kerana menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.
Difahamkan, mangsa merupakan anak luar nikah, hasil hubungan sulit dengan kekasih lamanya, sebelum dia berkahwin dengan suspek.Tambah Khairuldin lagi, isteri suspek telah membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.Bertindak di atas maklumat tersebut, kita telah pergi ke rumah mereka dan berjaya menangkap suspek yang berada di rumah, kira-kira jam 4 pagi semalam.
Semasa serbuan dibuat di rumah tersebut,pengadu dan juga mangsa tidak pulang ke rumah, kerana mendapatperlindungan di rumah adiknya di Bukit Permai, ujarnya.Khairuldin berkata, mangsa sebelum ini tidak berani menceritakan kejadian yang berlaku ke atas dirinya, keranabimbang akan dimarahi suspek, tetapi dia tidak diugut.
Mangsa tinggal serumah dengan suspek, sejak dia berumur dua tahun.Rumah itu turut didiami dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan bapa dan ibu saudara mangsa.Suspek kini direman tujuh hari dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan, kerana melakukan sumbang mahram.
Sumber : Bernama
Post a Comment