WALAUPUN dah empat hari berlalu, kes Dato Seri Vida dengan iklan Qu Puteh yang menjengkelkan hati Chef Wan masih lagi bermain di akhbar.
Debat Dato Seri Vida & Chef Wan masih berpanjangan |
“Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. Selepas anugerah itu berlangsung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup televisyen kerana iklan saya.
Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja. Orang yang berjaya memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan.
Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka benci, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu.”
“Bukan mahu menjatuhkan atau membuat provokasi tetapi sebagai penonton saya berhak menyuarakan pandangan saya apabila paparan iklan berkenaan menjengkelkan.
Saya juga memberi pandangan berdasarkan pengalaman apabila pernah dicemuh dan dimarah penonton apabila terpaksa menyebut produk tajaan sebuah program saya secara berulang.
Tidak ada faedah kita sesama manusia untuk membuat provokasi dan sebagainya kerana ia hanya mendatangkan dosa.”
Promosi Dato Seri Vida berjaya dan ‘luahan hati’ Chef Wan pun ‘sampai’ kepada penonton. Rasanya rakyat Malaysia dah cukup bijak untuk berfikir bahawa ini semua sekadar hiburan semata-mata kan?
Sumber : Bernama
Post a Comment