Mayat mangsa yang dalam keadaan terputus dari bahagian dada hingga kepala dan terputus pergelangan kaki kiri, difahamkan ditemui di hilir Sungai Soh iaitu anak sungai Batang Samarahan, kira-kira 1.8 kilometer dari tempat bot mangsa berlabuh.
Buaya Itu Terus Diburu Kerana Kepala Mangsa Belum Ditemui.. |
Menurut jurucakap polis, operasi itu dimulakan oleh penduduk Kampung Panchor Baru Melayu dan Kampung Soh, Batu 27 Jalan Kuching-Serian.
“Penduduk kampung masih mengadakan operasi sebab kepala (mangsa) masih belum dijumpa.
“Pihak polis telah memberitahu penduduk kampung sekiranya jumpa kepala mangsa maklumkan kepada kami,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pada malam Jumaat lalu iaitu sekitar jam 11.30 malam, seorang lelaki dikenal pasti sebagai Idris Yaakup, 56, dari Kampung Panchor Baru Melayu di Serian menjadi mangsa sang bedal ketika sedang memeriksa pukat.
Meskipun meraung kesakitan, mangsa masih sempat menyuruh dua anaknya, Nursaujana Idris, 11 dan Mohd Shahrizal, 8, untuk beredar dari sungai tersebut.
Mayat mangsa yang dalam keadaan terputus dari bahagian dada hingga kepala dan terputus pergelangan kaki kiri, difahamkan ditemui di hilir Sungai Soh iaitu anak sungai Batang Samarahan, kira-kira 1.8 kilometer dari tempat bot mangsa berlabuh.
Mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya dan dikebumikan sekitar jam 4 petang kelmarin (Sabtu) di Kampung Panchor Baru Melayu di Serian.
Sumber : PORTAL BERITA SATU SABAH
Post a Comment