Ibu Bapa Bakal Didenda Jika Biarkan Anak Guna Gajet Terlalu Lama

Ibu Bapa Bakal Didenda Jika Biarkan Anak Guna Gajet Terlalu Lama

TAIPEI - Ibu bapa yang membiarkan anak-anak leka bermain telefon pintar atau tablet dalam tempoh masa yang terlalu lama bakal dikenakan hukuman denda.

Ibu Bapa Bakal Didenda Jika Biarkan Anak Guna Gajet Terlalu Lama
Ibu Bapa Bakal Didenda Jika Biarkan Anak Guna Gajet Terlalu Lama
Lapor akhbar tempatan Neowin, Taiwan bakal memperkenalkan peraturan tegas waktu terhad penggunaan internet dan peranti elektronik bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Dalam peraturan itu menyatakan, kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dilarang menggunakan gajet canggih dalam tempoh masa yang lama, sama seperti larangan merokok, minuman keras untuk remaja berusia 18 tahun ke bawah.

Peraturan itu terpaksa dibuat berikutan terlalu banyak kes yang membuktikan penggunaan gajet yang terlalu lama mendatangkan kesan buruk pada perkembangan minda kanak-kanak sehingga tidak tahu bersosial dengan masyarakat atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Penggunaan gajet yang lama boleh mengakibatkan kanak-kanak menderita penyakit mental atau fizikal.

Ibu bapa yang didapati bersalah akan dikenakan denda sebanyak T$50,000 (RM57,000), namun peraturan itu masih dikaji termasuk penetapan jumlah had waktu yang ideal untuk bermain gajet.

Taiwan akan menjadi negara pertama di dunia yang membuat peraturan kawal selua penggunaan gajet untuk kanak-kanak, jika peraturan itu dilaksanakan kelak.

Kajian para doktor pakar kanak-kanak dalam jurnal American Academy of Paediatrics (AAP), jumlah jam yang sesuai untuk kanak-kanak menggunakan gajet adalah tidak lebih dari dua jam sehari.

Kajian itu juga mencadangkan agar ibu bapa tidak menyediakan sebarang set televisyen atau gajet elektronik di dalam bilik tidur anak-anak kerana ia boleh menganggu proses tumbesaran serta kecerdasan otak kanak-kanak.


sumber : BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post