KUALA LUMPUR, 22 DIS 2014: Setiap yang hidup pasti akan kembali, sepanjang perjalanan hidup mereka banyak memberikan sumbangan bermakna terhadap perkembangan industri seni negara. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah agar roh mereka di cucuri rahmat.
Imbasan 2014 Al-Fatihah Buat Mereka Yang Kembali Ke Rahmatullah |
Kassim Masdor (21 Jan 2014)
Komposer terkenal Kassim Masdor, 76, meninggal dunia di Hospital Singapura akibat Asma kira-kira jam 9.25 malam.
Bob Nowseeheart (20 Mac 2014)
Bekas ahli kumpulan nasyid Nowseeheart Bob nama sebenarnya Firdaus Baharuddin, meninggal dunia pada jam 12:04 tengah malam di Hospital Selayang kerana sakit lemah jantung.
Datuk Ali Mamak (27 Mac 2014)
Pelakon dan pelawak terkenal Datuk Ali Mamak Mamak disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat komplikasi peparu dan kanser.
Jeremy Little (9 April 2014)
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios, Jeremy Little atau nama sebenarnya Jeremy Bin Ahmad Maikel, 31, di Makkah dan difahamkan allayarham meninggal akibat kanser.
Sidek Hassan (27 April 2014)
Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, akhirnya pelakon Sidek Hassan, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 27 April 2014, kira-kira pukul 11.55 malam.
Idris Sardi (28 April 2014)
Legenda muzik Indonesia, Idris Sardi 76, meninggal dunia di Hospital Meilia, Cibubur pada pukul 7.25 pagi selepas menderita penyakit peparu.
Kartina Dahari (1 Mei 2014)
Penyanyi irama keroncong Kartina Dahari, meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura,jam 6 petang akibat mengidap penyakit barah payudara selama 4 tahun.
Datuk Abdul Aziz Sattar (6 Mei 2014)
Pelakon Veteran Datuk Abdul Aziz Sattar meninggal dunia di usia 89 tahun di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat serangan jantung kira-kira pukul 2 pagi.
Jamal Muhamad (7 Mei 2014)
Personaliti televisyen veteran, Jamal Muhamad, yang lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 11 pagi akibat penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi sejak 14 tahun lalu yang menyebabkan tulang belakang Jamal membengkok hingga mengganggu paru-paru.
Adam Ahmad (15 Mei 2014)
Komposer dan pencipta lagu Adam Ahmad meninggal dunia di hospital Ampang akibat menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Martias Mohd Ali (30 Mei 2014)
Pengarah filem kapsul yang juga penulis skrip, Martias Mohd Ali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10:43 malam Khamis di Hospital Ampang akibat komplikasi dari kanser Lymphoma atau kanser darah tahap keempat.
Nabil Abdul (18 Jun 2014)
Pelakon dan model iklan Nabil Abdul adik kepada Lydia Ibtisam meninggal dunia pada jam 10.30 malam di hospital Ampang kerana kanser.
Datuk Shahrifah Aini (5 Julai 2014)
Biduanita Negara, penyanyi Datuk Sharifah Aini diberitakan telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.
Rezaimen Kefli ( 5 Julai 2014)
Rezaimen Kefli atau lebih mesra dipanggi Memen anak kepada Linda Rafar meninggal dunia akibat menghidap ketumbuhan kronik dalam perut.
Maidin Ibrahim (13 Ogos 2014)
Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, telah meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, sekitar jam 2 petang.
Ustaz Sohibul Fadil Haji Sabikin (24 Sept 2014)
Aktivis nasyid, Ustaz Sohibul Fadil Bin Haji Sabikin yang sebelum ini dikenali sebagai komposer dan penerbit album kumpulan Rabbani telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.20 pagi di Hospital Kota Tinggi Johor.
Datuk Jamil Sulong (25 Sept 2014)
Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, meninggal dunia selepas koma akibat serangan angin ahmar akhir di kediaman anaknya di Bukita Damansara.
Datuk Mustapha Maarof (15 Dis 2014)
Seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi akibat radang peparu.
Sumber : Murai
Post a Comment