Biarlah kotak hitam menceritakan apa yang berlaku sebenarnya – Tan Sri Tony Fernandes

Biarlah kotak hitam menceritakan apa yang berlaku sebenarnya – Tan Sri Tony Fernandes

SURABAYA - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes enggan membuat spekulasi mengenai punca pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terjunam ke dalam laut, dengan menyatakan siasatan lengkap akan mendedahkan keadaan sebenar.

Biarlah kotak hitam menceritakan apa yang berlaku sebenarnya – Tan Sri Tony Fernandes
Biarlah kotak hitam menceritakan apa yang berlaku sebenarnya – Tan Sri Tony Fernandes
“Biarkan kotak hitam beritahu segala-galanya. Siasatan lanjut akan dilakukan sebaik sahaja kita dapat menemui kotak hitam.
“Adalah tidak wajar dan tidak sesuai bagi saya untuk membuat spekulasi apa-apa pun,” katanya.

Fernandes turut berkata, pihaknya akan menunggu siasatan selesai ketika ditanya sama ada syarikat penerbangan akan memberikan pampasan kepada keluarga mangsa.

“Ya, tetapi tunggu siasatan selesai. Bagaimanapun, kita akan menyediakan bantuan kewangan secepat mungkin,” katanya pada sidang media di Lapangan
Terbang Juanda di sini, malam Selasa.

Menyifatkan tragedi itu sebagai “igauan paling buruk” beliau selama memegang jawatan sebagai CEO AirAsia selama 13 tahun, beliau berikrar tidak akan lari daripada tanggungjawab.

“Operasi akan berjalan seperti biasa. Ada sokongan yang amat baik daripada Indonesia.
“Saya merupakan peneraju bagi syarikat ini dan saya tidak akan lari daripada tanggungjawab. Saya akan terbuka dan jujur selagi boleg,” katanya memberi jaminan.

Tambahnya, beliau secara peribadi akan melawat ke lokasi nahas di Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah pada Rabu bagi melihat keadaan secara lebih dekat.

Bagaimanapun, beliau dinasihatkan suapaya tidak membawa waris mangsa ke lokasi nahas kerana ia boleh menganggu proses pemindahan.
Fernandes turut berkata, walaupun nahas itu merupakan “igauan paling buruk” sejak penubuhan syarikat penerbangan tambang rendah 13 tahun lalu, beliau berkata, orang ramai masih yakin dengan AirAsia.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Fernandes turut berjanji untuk berhubung dengan mereka walaupun selepas siasatan selesai.
“Jelas sekali bahawa ia merupakan saat yang begitu mencabar buat saya dan AirAsia, dan saya tidak dapat mengambarkan perasaan saya ketika ini.

“Sekarang saya tabah buat keluarga dan anak kapal dan saya magu bersama mereka dalam keadaan yang menyakitkan ini supaya ia mengurangkan kesakitan itu, lapor mStar.

“Kita akan terus tabah dan akan berhubung dengan mereka walaupun selepas ini,” katanya.


Sumber : KualaLumpurPost

Post a Comment

Previous Post Next Post