Ugut sebar gambar bogel di internet

Ugut sebar gambar bogel di internet

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun ketakutan kerana kekasih yang dikenali melalui alam maya mengugut mahu sebarkan video bogelnya di laman sosial.

Ugut sebar gambar bogel di internet
Ugut sebar gambar bogel di internet

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia mengenali seorang wanita yang mendakwa dari Korea melalui Facebook, awal tahun ini.


“Kami mula membuat panggilan video sejak 9 Oktober lalu. Seminggu kemudian wanita itu berbogel dan memaksa saya bogel bersamanya melalui panggilan video,” katanya.

Lee berkata, wanita itu kemudian mengugut akan menyebarkan video bogelnya jika dia tidak memberi wang.

“Saya terpaksa membayar RM3,900 melalui lima transaksi kepada akaun bank yang didaftarkan di Filipina,” katanya.

Seorang lagi pemuda yang mahu dikenali sebagai Alan, 27, juga diperas ugut selepas dia berbogel untuk seorang wanita yang dikenali melalui laman sosial.

Alan berkata, wanita itu mendakwa dia seorang model dari Singapura.

“Kami berbogel ketika panggilan video minggu lalu. Wanita itu kemudian mahu saya serahkan RM15,000 kepadanya. Kalau tidak, dia ugut mahu sebarkan klip video itu di internet,” katanya.

Menurutnya, selepas tawar-menawar, wanita itu sedia menerima RM4,500 yang perlu dibayar melalui akaun bank yang didaftarkan di Filipina juga.

“Saya tidak boleh lakukan transaksi kerana tidak ada perkhidmatan Western Union dan wanita itu menghantar pesanan ringkas mendakwa klip video bogel saya telah dimuat naik di Facebook dan YouTube.

“Dia mendakwa membuat salinan video pada cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) untuk diedarkan di Malaysia,” katanya pada sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima 16 laporan sejak awal tahun ini mengenai kes rakaman video bogel.

“Mangsa selalunya akan diperas ugut jika tidak memenuhi permintaan suspek," katanya.

Beliau menasihatkan mereka diugut begini supaya tidak membayar apa-apa kepada mereka yang membuat tuntutan kerana mereka tidak akan berhenti mengugut.

“Nasihat saya sentiasa berwaspada dengan orang yang baru dikenali melalui laman sosial. Jangan mudah terpedaya,” katanya.


Sumber : SH

Post a Comment

Previous Post Next Post