Suami Bakar Diri Dan Isteri Hidup-Hidup Kerana Cemburu Buta

Suami Bakar Diri Dan Isteri Hidup-Hidup Kerana Cemburu Buta

TAIWAN - 'Malam ini, semua orang akan mati bersama-sama' merupakan jeritan akhir oleh seorang suami sebelum dia membakar diri dan isterinya hidup-hidup di rumah mereka.

Suami Bakar Diri Dan Isteri Hidup-Hidup Kerana Cemburu Buta
Suami Bakar Diri Dan Isteri Hidup-Hidup Kerana Cemburu Buta
Kejadian berlaku selepas Hsu Chung, 61, dikatakan terlalu cemburu terhadap tindakan isterinya, Li, 55, yang melayan pelanggan lelaki di restoran milik wanita berkenaan.


Malah akibat cemburu yang keterlaluan, dia sering dilihat mengekori Li dan mengintip wanita itu di restoran terbabit.

Menurut jiran mereka, Chou Lo, 45, pasangan itu juga sering bergaduh dan kejadian tragis itu merupakan pengakhiran kepada pergaduhan berkenaan.

“Malam tadi mereka juga bergaduh dan kami kemudiannya menghidup bau asap. Kami kemudiannya melihat seluruh bangunan itu terbakar,’’ katanya.

Kebakaran tersebut menyebabkan bomba mengambil masa selama sejam untuk memadamkan api dan mereka menemui mayat pasangan suami isteri itu serta tin mengandungi minyak tanah.

Dalam pada itu, anak lelaki pasangan berkenaan, Hsu Tang, 30, berkata, dia sering merayu kepada ibunya agar keluar dari rumah terbabit kerana tidak tahan melihat kedua-duanya sering bergaduh.

“Saya sendiri keluar dari rumah itu setahun lalu kerana saya tidak tahan dengan pergaduhan mereka.Saya juga merayu kepada ibu agar keluar dari situ apabila saya mendapat tempat tinggal yang lain, namun dia enggan,’’ katanya.


Sumber : MNShub

Post a Comment

Previous Post Next Post