Rozana Buat Laporan Polis, Dakwa Sijil Nikah Dengan Awie Palsu

Rozana Buat Laporan Polis, Dakwa Sijil Nikah Dengan Awie Palsu

Semalam, Rozana Misbun, isteri kepada lagenda rock negara, Awie, membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan sijil nikahnya dengan Awie sejak sembilan tahun yang lalu dipercayai palsu.

Rozana Buat Laporan Polis, Dakwa Sijil Nikah Dengan Awie Palsu
Rozana Buat Laporan Polis, Dakwa Sijil Nikah Dengan Awie Palsu

Rozana yang ditemani bersama peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif, sebelum itu telah pergi mendapatkan nasihat di JHEAIPP sebelum diminta membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


Peguam Rozana mendakwa mereka telah menerima surat dari Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undan Undang Keluarga Islam JHEAIPP pada 4 Julai lalu mengesahkan surat perakuan nikah pasangan itu tidak pernah didaftarkan.

“Ini berkait dengan kes yang difailkan & dokumen itu telah digunakan di mahkamah. Dokumen itu tidak betul dan diragui. Kami sudah refer dan pihak polis hendak tentukan dokumen yang kita ragui supaya boleh diambil tindakan terhadap orang yang keluarkan dokumen itu,” ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post