Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2015 Online Kini Dibuka

Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2015 Online Kini Dibuka

Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 / BR1M 4.0 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.

Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2015 Online Kini Dibuka
Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2015 Online Kini DiBuka



Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat terkini, maklumat ahli keluarga dan akaun bank (jenis akaun yang dibenarkan ialah akaun simpanan atas nama pemohon sahaja).
BR1M

Cara memohon dan kemaskini BRIM

Proses pemohonan baharu BRIM dan pengemaskinian maklumat BRIM boleh permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BR1M secara online melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di alamat:

https://ebr1m.hasil.gov.my

Proses itu juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini. Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau pejabat daerah.
Kegagalan menghantar permohonan atau mengemaskini BR1M 2015 sehingga tarikh tutup 31 Disember 2014 akan menyebabkan permohonan tidak diproses.

Tarikh pembayaran BR1M 2015

Pembayaran BR1M 2015 kepada penerima di bawah kategori individu/bujang akan dibuat bermula 28 Januari 2014, manakala pembayaran kepada penerima di bawah kategori isi rumah akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada 28 Januari, 28 Mei dan 28 September 2015.

Semakan keputusan BR1M

Sila layari [Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)] untuk panduan semakan status permohonan BR1M.

Post a Comment

Previous Post Next Post