Penumpang Biadap Berdepan Tindakan Tegas

Penumpang Biadap Berdepan Tindakan Tegas

BEIJING - Pihak berkuasa China berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap penumpang republik itu yang bertindak biadap terhadap seorang pramugari AirAsia Thailand.

Penumpang Biadap Berdepan Tindakan Tegas
Penumpang Biadap Berdepan Tindakan Tegas

Pentadbiran Pelancongan Nasional China pada Sabtu memaklumkan, tindakan pelancong-pelancong itu telah menjejaskan penerbangan, selain mencederakan penumpang lain dan mencalarkan imej rakyat negara berkenaan.


Bagaimanapun, tidak dinyatakan jenis tindakan yang akan dikenakan terhadap pelancong terbabit.

Kenyataan itu hanya mencadangkan agensi pelancongan yang mengadakan lawatan itu supaya didenda, kerana tidak memberi garis panduan berhubung tingkah laku sepatutnya kepada pelanggannya, serta pelancong terbabit patut disenaraihitamkan, kerana berkelakuan biadap.

Seorang lelaki dan wanita mencetuskan huru-hara dalam penerbangan FD 9101 dari Bangkok ke Nanjing, pada Khamis lalu, gara-gara tidak berpuas hati kerana diberi tempat duduk berasingan.

Difahamkan, pasangan itu adalah sebahagian daripada rombongan pelancongan yang menempah tiket secara berkumpulan, maka tempat duduk mereka diatur mengikut turutan abjad nama.

Wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an itu bertindak ganas, dengan mencurah air panas ke arah pramugari yang membawa mee segera untuknya.

Penumpang wanita itu kemudiannya mengancam akan membunuh diri, sementara teman lelakinya pula mengugut akan meletupkan pesawat.

Kekecohan yang berlaku di dalam kabin itu memaksa kapten pesawat berpatah balik ke Bangkok, dengan pasangan itu serta dua lagi penumpang warga China ditahan. Ramai warga China menyatakan mereka malu dengan tingkah laku pelancong-pelancong itu.

Presiden China, Xi Jinping ketika melawat Maldives baru-baru ini turut menggesa rakyatnya supaya berkelakuan baik dan beradab, dengan tidak membuang botol plastik sesuka hati atau merosakkan terumbu karang. Lebih 100 juta warga China berkunjung ke luar negara setiap tahun.


Sumber : KLpost

Post a Comment

Previous Post Next Post