Pelik…Wanita Berusia 28 Tahun Tapi Berwajah 70 Tahun

Pelik…Wanita Berusia 28 Tahun Tapi Berwajah 70 Tahun

Gara-gara melahirkan seorang anak, seorang ibu menderita penyakit pelik apabila wajahnya tampak seperti seorang nenek.

Pelik…Wanita Berusia 28 Tahun Tapi Berwajah 70 Tahun
Pelik…Wanita Berusia 28 Tahun Tapi Berwajah 70 Tahun

Ibu dari Zhengzhou, Henan ini sebenarnya berusia 28 tahun, namun malangnya wajahnya seakan-akan berumur 70 tahun.

Wanita yang dikenali sebagai Hu Junhua ini disahkan menghidap kecelaruan kulit dinamakan Cutis laza.

Akibatnya, penyakit ini menyebabkan kulitnya semakin hari menjadi longgar, merebeh dan berkedut. Peliknya, ia hanya melibatkan kawasan pada muka dan leher Hu sahaja.



Penyakit ganjil ni dikatakan berpunca apabila Hu melahirkan anak sulung mereka 11 tahun lalu dan secara tiba-tiba wajah wanita ini kelihatan tua daripada kebiasaanya.

Penyakit ini dikatakan penyakit ganjil dan jarang berlaku. Di mana kurang dari 10 orang disahkan menghidap penyakit berkenaan di dunia dan Hu adalah satu-satunya pesakit dari China yang menghidap penyakit ganjil tersebut.

Kini, Hu masih sedang mendapat rawatan dan bakal mendapatkan khidmat pembedahan kosmetik di Shanghai bagi membaiki wajahnya.



Bagaimanapun, pihak doktor di sana akan cuba sedaya upaya meskipun kurang yakin akan hasil wajahnya nanti.

Menurut Hu, suaminya sentiasa bersamanya dan tidak pernah merungut perihal wajah tuanya.

Bagaimanapun, hati ibu mana tidak tersentuh apabila menyedari anaknya mula menjauhkan diri serta malu memberitahu rakannya bahawa dia adalah ibunya.

Berikutan penyakit yang dihidap menyebabkan Hu Juan mengalami keyakinan pada dirinya semakin menurun hingga dia mengelak untuk rumah atau melihat cermin.

Post a Comment

Previous Post Next Post