Kopi 20sen, nasi tambah percuma, gerai murah setakat ini

Kopi 20sen, nasi tambah percuma, gerai murah setakat ini

TERBELIAK biji mata melihat harga yang ditawarkan di sebuah restoran berdekatan jalan Tanjung Pauh, Jitra.

Kopi 20sen, nasi tambah percuma, gerai murah setakat ini
Kopi 20sen, nasi tambah percuma, gerai murah setakat ini

Mana tidaknya, harga yang ditawarkan murah ‘gila’ hingga agaknya boleh dinobatkan sebagai restoran makanan paling murah di Malaysia.


Dalam zaman sekarang ini, boleh kata harga semua benda termasuk makanan meningkat hingga ada kedai yang boleh digelar ‘cekik darah’ oleh pelanggan-pelanggannya, namun sebaliknya yang terjadi di restoran ini.

Restoran Tok Keramat ini mempunyai keunikan tersendiri hingga nama restoran ini sentiasa meniti dibibir pelanggannya hingga ke negeri Perlis.

Lihatlah, harga kopi panas restoran ini boleh didapati dengan harga serendah RM 0.20 sen. Mana nak dapat semurah itu di tempat lain weh!

Dengarnya, makanan yang disediakan bukan sahaja murah dan sedap malah, nasi tambah diberikan secara percuma.

Alahai, kita yang dengar pun terasa ingin mencuba menjamu selera di Restoran Tok Keramat di negeri Kedah Darul Aman ini.

Lebih mengujakan, pemilik restoran ini menawarkan hadiah kepada pelanggannya yang ke-1,000,000 (sejuta) dengan menjanjikan sebuah motosikal.



Wah, nampaknya tuan punya kedai bukan sahaja bermurah hati memberi harga makanan yang murah, malah berbesar hati menawarkan sebuah motosikal.

Apa lagi, dengarnya perpusu-pusu pelanggan yang ke sini untuk mencuba nasib dan dalam masa yang sama ingin menikmati harga makanan yang murah dan sedap.


Bijak jugak strategik marketing yang dilakukan tuan kedai ini!

Post a Comment

Previous Post Next Post