Kisah Tragis Seorang Gadis Berdarah Kacukan Sebelum Kematiannya..

Kisah Tragis Seorang Gadis Berdarah Kacukan Sebelum Kematiannya..

Antara perkara yang berlaku sebelum Yasmin meninggal adalah..? arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk "Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur" melalui instagram.


Kisah Tragis Seorang Gadis Berdarah Kacukan Sebelum Kematiannya..
Kisah Tragis Seorang Gadis Berdarah Kacukan Sebelum Kematiannya..

Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschroniczblogspot.com, berlinangan air mata admin setelah membaca blog beliau.





Walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi trending topik di Twitter. Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini.

" Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada yasmin) tidak dapat tidur mengenangkan pemergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb jun 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain.

" Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yang berakhlak tinggi".

We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she mad us proud.

Semoga roh beliau berada disisi orang yang beriman".

Mengimbas kembali kejadian yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan"u" di Padang Gaung, Langkawi.

Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus.

Hari ini ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya.

Malah, Arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan. Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah.

Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, Anda boleh ke blog miliknya itu.

Takziah penulis ucapkan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan rakannya berada disisi orang yang beriman. Insya'Allah.

Post a Comment

Previous Post Next Post